Kategori Berita Utama

Isu saman ROS: Guan Eng buktikan Gobind menipu

4 FEB: Drama DAP mahu heret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) ke mahkamah masuk episod baru pada Selasa apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac bagi sesi pendengaran permohonan parti berhubung keengganan RoS mengiktiraf pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam kongres khas 29 September tahun lalu.

GobindBerita ini sekaligus membuktikan dakwaan bahawa Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo menipu apabila menyatakan parti itu sudah menyaman RoS pada 23 Disember lalu memang ada benarnya.

lim_guan_eng_ada_tipuIni kerana Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dikatakan baharu sahaja memfailkan permohonan semakan kehakiman dua minggu lalu.

RoS juga pada 31 Disember menyatakan tidak menerima apa-apa surat guaman seperti didakwa oleh Gobind sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan CEC parti itu.

Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lepas.

Guan Eng hari ini dilaporkan sebagai pemohon dalam semakan kehakiman itu mahu mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan keputusan RoS dan mengisytiharkan pelaksanaan badan itu adalah tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang ke atas DAP.

Guan Eng dalam afidavit bagi sokongan semakan kehakiman menyatakan keputusan untuk tidak mengiktiraf CEC merupakan di luar kuasa undang-undang malah ia juga perbuatan yang tidak masuk akal dan dilakukan dengan niat jahat.

Beliau mendakwa RoS bertindak di luar bidang kuasa mengikut Akta Pertubuhan 1966 apabila nekad untuk tidak mengiktiraf CEC.

“Keputusan RoS itu tidak sah dan tiada kesan undang-undang kerana tidak tertakluk dalam mana-mana perundangan bagi menahan pengiktirafan,” katanya.

Beliau berkata, RoS juga tidak pernah memaklumkan kepada DAP mengenai sebarang pertikaian yang timbul daripada kongres khas itu.

“RoS tidak pernah memberi peluang kepada DAP untuk membalas aduan tersebut sebelum keputusan menahan pengiktirafan dilakukan” katanya.

Beliau juga menyifatkan keputusan RoS itu satu penyalahgunaan undang-undang dan tidak munasabah kepada DAP.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kegagalan RoS menghantar sebarang surat jawapan kepada DAP membuktikan betapa badan itu sebenarnya menyalahgunakan kuasa selain dilihat bertindak sewenang-wenangnya dan menindas parti itu.

Pada 15 Disember 2012 DAP melaksanakan kongres nasional dengan 20 ahli dilantik melalui pemilihan CEC.

Bagaimanapun, pada 17 April 2013, RoS mengeluarkan notis kepada DAP mendakwa terdapatnya aduan penyelewengan semasa pemilihan tersebut yang sepatutnya diadakan pada Disember.

Ia menyebabkan keputusan pemilihan disiasat semula malah RoS juga bertindak mengarahkan DAP mengadakan semula CEC pada 30 Julai tahun lalu.

Akur dengan desakan itu, DAP mengadakan semula kongres khas pada 29 September 2013.

Lim juga turut mempertahankan 20 ahli yang dilantik semasa CEC adalah mengikut peruntukan dalam perlembagaan parti dan mereka dipilih sebagai pemegang jawatan utama.

Namun pada 6 Disember, RoS menghantar surat memaklumkan tidak akan mengiktiraf pelantikan jawatan anggota CEC DAP yang baru sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, RoS juga memutuskan untuk tidak membenarkan anggota DAP yang dilantik sebagai anggota CEC membuat keputusan bagi pihak parti.

Pada 12 Disember DAP menulis surat kepada RoS menuntut badan itu menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana yang digunakan dalam membuat keputusan itu.

RoS turut dimaklumkan parti itu tidak akan terikat dengan keputusan yang tidak mempunyai asas undang-undang dan akan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya perlu.

Pada 8 Januari lalu, DAP sekali lagi menghantar surat kepada RoS dan menghantar semua dokumen yang diminta namun tidak mendapat reaksi RoS mengakibatkan parti itu nekad memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Untuk rekod, krisis CEC DAP ini bermula apabila dua ahli seumur hidup DAP mendesak ROS menyiasat dakwaan wujud penipuan dan manipulasi ketika pemilihan CEC parti itu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass membawa isu itu kepengetahuan RoS berikutan keengganan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan ramai ahli parti yang kecewa dengan keputusan itu.

Ia susulan pertambahan undi yang diperoleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Abdullah, yang pada mulanya mendapat 305 undian diumumkan memperoleh 803 undi selepas kiraan semula, sekali gus meletakkan beliau di kedudukan ke-20 dalam CEC.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2014 1:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: