Kategori Berita Utama

Isu terpencil tak jejas konsep wasatiyyah

21 NOV: Peristiwa tawaran perkhidmatan dobi untuk golongan muslim serta larangan wanita memakai tudung daripada bekerja di kaunter hadapan tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kegagalan konsep Wasatiyyah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kerajaan mempunyai penanda aras tersendiri iaitu Indeks Syariah Malaysia (ISM) bagi melihat secara keseluruhan prinsip berkenaan serta konsep Maqasid Syariah yang diamalkan di Malaysia.

“Kita tida hanya melihat satu atau dua insiden yang  berlaku untuk mengukur keseluruhan prinsip wasatiyyah.

“Pengukuran seharusnya diukur atas kejayaan yang kita capai, Yang Berhormat mendakwa tentang mereka melaksanakan kebaikan di negara masing-masing tapi apakah bukti pengukuran yang dibuat?

“Jadi ISM yang dibuat Perdana Menteri ini akan mengukur perlaksanaan yang menjadi tanggungjawab kementerian dalam perlaksanaan Wasatiyah yang diukur begitu selesa,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu Azmin mempersoalkan ucapan ksyukuran oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkenaan kejayaan perlaksanaan Wasatiyyah, meskipun banyak perkara negatif masih berlaku selepas perlaksanaan konsep itu di negara ini.

Pada masa sama, Jamil  berkata konsep wasatiyyah adalah sederhana dan berada di tengah-tengah dua unsur iaitu ekstrem dan liberal.

“Dalam hal ini ia menggambarkan wasatiyyah adalah bersifat sederhana. Sebagai contoh, jika terlalu ekstrem pada agama, seseorang itu hanya mahukan akhirat sahaja.

“Manakala jika bersifat liberal, seseorang itu hanya mengejar keduniaan semata-mata,” kata Ahli Parlimen Jerai itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 11:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: