Kategori Berita Utama

Pasport Zakir Naik: MP DAP patut tanya kerajaan India

8 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat seketika selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan langkah kerajaan menganugerahkan status permastautin tetap (PR) kepada pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik.

Kemuncaknya, tercetus kekecohan apabila Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan punca disebalik Kerajaan India membatalkan passport antarabangsa Dr Zakir pada Julai lalu.

Sejurus itu, parlimen terus menjadi gamat kerana soalan wakil rakyat DAP itu berbaur lucu kerana sepatutnya diajukannya kepada Kerajaan India.

“Pergi tanya kepada Kerajaan India lah, kenapa nak tanya soalan itu di sini,” celah Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul  dan Dewan Rakyat terus menjadi gamat

“Saya tak tanya pada kamu Pendang, sila duduk, kamu sila duduk!,” jerit Sivakumar (foto) dan pertikaman lidah  berlaku antara kedua-dua mereka dalam beberapa minit sebelum berjaya ditenangkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Sejurus itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak menerima lsebarang aporan rasmi berkenaan passport milik Dr Zakir ditarik balik oleh Kerajaan India.

“Sebagai kerajaan, kita kena hormati undang-undang kerajaan negara lain dan jika Batu Gajah nak tahu juga, saya bersetuju dengan cadangan Pendang tadi,” tegas Zahid.

Beliau berkata demikian pada sesi kementeriannya membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Rabu.

Zahid berkata kerajaan menganugerah status penduduk tetap kepada pendakwah sejak April lalu  iaitu sebelum isu pembatalan passport kerakyatan India.

“Ertinya bukan dibatalkan maka kita beri PR, itu tidak betul.

“Selain itu, tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada Dr Zakir, beliau memohon dan memenuhi syarat-syarat untuk diberikan PR, maka Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati beliau layak,” tegasnya.

Bagaimanapun Zahid menjelaskan, kerajaan sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti ceramah Dr Zakir Naik sama ada di dalam Malaysia mahu pun di luar negara.

“Beliau boleh berada di Malaysia selagi tidak mempromsoikan keganasan dan menyalahi perundangan negara ini,

“Setakat ini tiada laporan daripada Interpol yang mengatakan Dr Zakir terbabit dengan pengubahan wang haram dan aktiviti keganasan antarabangsa,” kata Zahid ketika menjawab soalan celahan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 1:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: