Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jabatan Peguam Negara bukan badan politik

10 MEI: Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dan melakukan pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan jenayah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata jabatan itu akan berusaha menegakkan undang-undang tanpa mengikut situasai politik tanah air.

“AGC bukan badan politik, kami adalah penasihat undang-undang dan pada masa sama adalah pendakwa bagi kesalahan jenayah yang ditentukan oleh undang-undang.

“Kita akan terus memastikan peraturan undang-undang ditegakkan, tanpa rasa takut atau berpihak,” katanya dipetik Utusan Online.

Apandi (foto) mengulas susulan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2018 10:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: