Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jabatan Perhutanan tambah senjata api penguat kuasa

7 MAC: Berdepan tugas semakin mencabar dan ancaman pencerobohan hutan, Jabatan Perhutanan akan menambah senjata api bagi kegunaan anggota dan pegawai penguat kuasanya bagi memantapkan tindakan penguatkuasaan di negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata setakat ini jabatan itu memiliki 106 senjata api yang dibekalkan kepada anggota penguat kuasanya di peringkat negeri.

“Penambahan jumlah senjata api bergantung kepada keperluan sesebuah negeri bagi penguatkuasaan undang-undang di negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikam majlis pelantikan renjer hutan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daripada kalangan Orang Asli di Gua Musang semalam.

Setakat ini Jabatan Perhutanan Pahang dan Selangor paling banyak dibekalkan senjata api manakala negeri lain telah mengemukakan permohonan untuk penambahan.

Nor Akhirrudin berkata, senjata api ini hanya digunakan oleh pegawai dan pasukan tertentu mengikut keperluan dan bukan digunakan sewenang-wenangnya.

Mengenai pelantikan renjer Hutan APM daripada kalangan Orang Asli, beliau berkata 39 Orang Asli di Gua Musang akan membantu pihaknya dalam meningkatkan penguatkuasaan terutama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan haram yang berlaku di hutan sekeliling mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 7:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: