Kategori Berita Utama

Jaga parti sendiri, jangan sibuk dengan UMNO

11 MAC: Tun Mahathir Mohamad digesa menjaga parti sendiri dan tidak perlu sibuk dengan urusan UMNO.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sikap bekas perdana menteri yang menyalahkan UMNO adalah perkara biasa, namun beliau sepatutnya perlu  menyediakan laporan seperti yang diminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Tambah Tengku Adnan, Tun Mahathir juga tidak patut menyalahkan RoS yang didakwa berat sebelah berikutan kegagalan dirinya sendiri dalam menguruskan PPBM.

“Suruh dia jaga parti sendiri, RoS mesti ada sebab kenapa dia nak batalkan atau sebaliknya, kita ada undang-undang negara, ikutlah undang-undang negara.please follow the rules.

“You sendiri pun ada ahli parlimen yang bercakap tentang undang-undang dalam parlimen, kenapa tak nak ikut?,” soalnya ketika ditemui di Kepong, Ahad.

Terdahulu, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM supaya parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan, termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat.

RoS juga mahu meneliti penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota parti terbabit.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim, berkata sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan perintah pembubaran ke atas parti berkenaan.

Bagaimanapun Tun Mahathir mendakwa RoS berat sebelah kerana tidak boleh mendengar penjelasan tanpa mengemukakan laporan seperti yang dibuat kepada UMNO.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2018 11:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: