Kategori Berita Utama

JAIS kena maklum Exco Agama dahulu sebelum serbuan

7 JAN: Jika ikut prosedur kenapa perlu dikaji?. Persoalan ini perlu dijawab kerajaan negeri Selangor bagi membuktikan mereka tidak ada muslihat atau cuba berdolak dalih dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM), minggu lalu.

Ini kerana Exco Agama kerajaan negeri, Sallehen Mukhyi menegaskan, tindakan JAIS itu adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada tetapi kemudiannya berkata SOP tersebut akan dikaji semula.

Alasannya  bagi mengemaskini SOP selepas ini yang antara lain beliau akan dimaklumkan jika apa-apa serbuan atau tindakan yang ingin diambil oleh JAIS.

jaiskingApakah ini bermaksud, Exco Agama akan menentukan setiap serbuan boleh dilakukan dan bermakna JAIS kena ikut telunjuk kerajaan negeri?.

Atau ini sekali lagi menunjukkan PAS terpaksa akur dengan sekutu mereka yang lain dan mengalah dalam isu membabitkan agama Islam?

Sallehen yang mendakwa mendokong titah Sultan sepatutnya tahu bidang kuasa JAIS dan Majlis Agama Islam (MAIS) di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

Beliau sepatutnya ingat bahawa JAIS ketika menyerbu sebuah gereja beberapa tahun lalu juga tidak memaklumkan kepada exco agama ketika itu Datuk Dr Hasan Ali.
Sallehen dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama beberapa ADUN yang lain juga  menegaskan bahawa kajian semula SOP akan dijalankan bagi memastikan tiada isu yang dipolitikkan disamping meraih keharmonian kaum.

Terdahulu, beliau mengadakan dengan Paderi Lawrence Andrew selepas serbuan JAIS itu dipertikal oleh pihak terbabit.
“Serbuan yang dilakukan JAIS mengikut SOP yang betul, tapi kami akan memperkemaskan SOP tersebut, dan saya akan dimaklumkan selepas ini jika apa-apa serbuan atau tindakan yang JAIS ingin ambil.

“Setakat ini pendirian kerajaan negeri adalah mendokong kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan Islam,” katanya dalam sidang media tersebut.

pcsallehen

Sallehen dalam sidang media selepas pertemuan pagi Selasa

Pada Khamis lalu, JAIS telah melakukan serbuan ke atas premis PBM dan merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Malaysia dan Iban setelah menerima aduan dari orang ramai berkenaan kemungkinan adanya aktiviti penyebaran agama Kristian menggunakan bible terbabit.

Serbuan itu mendapat pelbagai reaksi dan Sallehen mengambil pendekatan untuk berbincang bersama Lawrence berhubung perkara terbabit.

“Pertemuan ini menghulurkan satu tanda persahabatan dan hormat menghormati antara agama.

“Ini supaya isu-isu agama di Selangor dapat diselesaikan secara harmoni dan semua agama dapat dihormatin,” katanya.

Katanya, satu majlis perunding antara perpaduan kaum diwujudkan bagi mewujudkan persefahaman serta masalah berbangkit yang akan merentas kaum lain.

Sementara itu, ADUN Klang Charles Santiago mempertikaikan perbezaan keputusan yang telah dimuktamadkan jemaah menteri berhubung perkara yang sama.

“Sekarang ini, keputusan jemaah menteri bersetuju membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam, ini sudah bertentangan dengan apa yang berlaku di Selangor,” katanya.

Pertikaian itu jelas menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan serbuan yang dijalankan JAIS yang bertindak atas titah Sultan tahun lalu.

Sallehen yang kerap mengulang “kami mendokong titah Sultan” menunjukkan percanggahan dengan Charles yang beberapa kali menegaskan soal keputusan jemaah menteri.

Sikap ding dong Sallehen menunjukkan beliau tidak mempunyai pendirian yang tegas berhubung isu ini mewakili pihak kerajaan negeri. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2014 1:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: