Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu ditutup

28 NOV: Banjir di Kelantan semakin buruk apabila Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.1 hingga 0.3 meter sejak jam 11 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar bagaimanapun berkata kenderaan berat masih dibenarkan untuk melaluinya.

“Keadaan itu juga menyebabkan beberapa kenderaan ringan terkandas apabila laluan sepanjang 500 meter di kampung terbabit ditenggelami air sungai Kampung Kelong,” lapor Bernama.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan orang ramai yang menuju ke Kota Bharu menggunakan jalan alternatif Pasir Puteh-Gunung, Bachok.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2017 5:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: