Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jalan raya runtuh, 2 lelaki maut tertimbus

12 JAN: Dua lelaki maut ditimbus tanah selepas motosikal dinaiki terjatuh dalam kejadian jalan raya runtuh di Kilometer 36, Jalan Marak Parak/ Ranau, Kota Marudu, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Jaimin dilaporkan terjatuh dalam runtuhan berkenaan, sebelum kedua-dua mangsa ditimbus tanah.

“Anggota polis bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2018 11:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: