Kategori Ekonomi

Jalinan GEELY pastikan PROTON berkembang

23 JUN: Jalinan kerjasama strategik PROTON Holdings Bhd (PROTON) dengan Zhejiang Geely Holding Group (GEELY) adalah untuk memastikan syarikat itu terus bertahan dalan industri automotif sekaligus menjamin nasib pekerja yang terbabit mengeluarkan kereta nasional pertama negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  kerjasama PROTON dengan syarikat dari China itu sama sekali tidak akan membazirkan wang rakyat untuk membiayai model perniagaan yang tidak menjana pulangan.

Najib juga berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada PROTON termasuk bantuan pinjaman kepada syarikat kereta itu untuk kekal berdaya saing dalam industri automobil.

“Proton mengeluarkan pelbagai jenis model dan enjin. Malah Proton sendiri merupakan kereta rasmi saya dan saya menggunakan kereta ini hampir setiap masa, tetapi tiba masanya kepada Proton untuk menukar bentuk perniagaannya.

“Dengan bantuan serta panduan yang diberikan oleh kerajaan, diharapkan kerjasama antara PROTON dan GEELY ini akan menjadi cerita baharu kejayaan Malaysia apabila jenama negara berjaya tanpa bantuan kerajaan semata-mata,” ucap Najib pada majlis menandatangani perjanjian antara DRB-Hicom Bhd dan GEELY, di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Pada majlis berkenan, Najib turut merasmikan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik GEELY iaitu Geely Boyue yang akan menjadi SUV pertama PROTON yang dipasang di kilang PROTON Tanjung Malim, Perak.

Perjanjian itu adalah sebagai memuktamadkan persetujuan GEELY untuk memiliki 49.9 peratus kepentingan Proton yang dimiliki oleh DRB-HICOM selain jenama kereta berprestasi tinggi milik PROTON, Lotus pada 24 Mei lalu.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, sudah tiba untuk PROTON meneroka kaedah baru kerana trend perniagaan yang diamalkan, sudah tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Kata Perdana Menteri, perlu berani mencari rakan strategik antarabangsa bagi membuka akses pasaran global yang lebih luas dan menggunakan teknologi moden.

Perdana Menteri, model perniagaan yang diamalkan Proton selama ini tidak lagi sesuai mengikut trend pengguna dan persaingan antarabangsa sekali gus kerajaan mahu syarikat itu mencari rakan strategik antarabangsa bagi mendapatkan akses pasaran yang lebih luas serta teknologi moden terkini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 June 2017 12:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: