Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Tekad Jamal mandikan Datuk Bandar PJ

13 OKT: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mencabar Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain untuk datang dan menghalangnya daripada menjual ikan di Padang Timur esok.

Pemimpin Gerakan Baju Merah itu juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bertekad untuk ‘memandikan’ Azizi dengan air ikan sekiranya hadir.

“Datuk Bandar jangan setakat nak memberi amaran kepada saya. Kalau betul-betul ketua kepada penguatkuasa, minta dia turun esok tempat saya jual ikan. Saya nak mandikan air ikan atas kepala Datuk Bandar.

“Minta dia sendiri turun halang saya esok. Jangan nak halang orang daripada nak buat baik. Saya nak bagi orang ramai dapatkan ikan dengan harga yang lebih murah. Pesta arak, pesta apa dia bagi,” katanya.

Sebelum ini Azizi dilaporkan meminta Jamal memohon permit atau berdepan dengan tindakan sekiranya berhasrat menjual ikan semasa perhimpunan anti-kleptokrat anjuran Pakatan Harapan di lokasi yang sama esok.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu juga dilihat tidak mengendahkan nasihat polis yang meminta beliau tidak menimbulkan kekacauan dengan gimik menjual ikan.

“Saya tak nak melawan atau bangkang cakap timbalan ketua polis negara. Bagi saya itu tanggungjawab beliau nak menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Tapi saya ada pendapat saya sendiri.

“Itu tugas dia. Saya juga pemimpin NGO yang diberi amanah oleh anggota gabungan saya. Ini tugas saya,” ujar Jamal lagi.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 3:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]