Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jamal tidak bertanding PRU14

17 APRIL: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Beliau turut memaklumkan menerima cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi memilih untuk menolak.

“Sebaliknya, saya akan bersama-sama jentera parti dalam membantu calon-calon BN,” katanya hari ini.

Jamal berkata demikian diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Terdahulu Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu membuat laporan polis berkaitan fitnah isu perkauman yang tular menggunakan akaun Facebook palsu nama beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 6:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: