Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jambatan kedua PP dibuka awal tahun-PM

14 DIS: Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPP2) yang ditangguhkan pembukaannya pada September lalu dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Alhamdulillah, setakat ini pembangunan Jambatan Pulau Pinang Kedua (JPP2) sudah hampir siap. Insya-Allah kita menjangka jambatan ini akan beroperasi awal tahun depan.

“Pemeriksaan keselamatan sedang giat dijalankan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya terpelihara. Pihak kerajaan akan memastikan semua aspek serta ciri-ciri keselamatan dipatuhi, sebelum JJP2 dibenarkan beroperasi sepenuhnya,” katanya dalam entri terbaru laman sosial Facebook beliau, Sabtu.

jpp2Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebelum ini telah memaklumkan ketika kini, 99.99 peratus pembangunan fizikal jambatan berkenaan sudah siap dan akan dibuka selepas memenuhi semua piawaian ditetapkan.

Untuk memastikan keselamatan berada pada tahap yang sepatutnya, ujian terhadap sistem harus dilakukan sebelum  mendapat kelulusan daripada jururunding dan badan yang terbabit memastikan keselamatan jambatan berkenaan.

Dalam kejadian 6 Jun lalu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh kontraktor.

Jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2013 1:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: