Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jambatan ketiga Klang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala

19 NOV: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan ketiga Klang yang bernilai RM199 juta di sini sebagai Jambatan Raja Muda Nala sempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan jambatan berkenaan hari ini.

Terdahulu, baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan jambatan tersebut dan tiba di majlis sekitar pukul 10.30 pagi.

Jambatan Raja Muda Nala telah dibina merentasi Sungai Klang sepanjang 2.5 kilometer menghubungkan Teluk Pulai dan Sungai Bertek di bahagian selatan dan Tanjung Syawal di sebelah utara.

Pembinaan jambatan yang menelan belanja RM199 juta itu berjaya disiapkan pada 15 Jun lalu setelah 3 tahun dimulakan pembinaannya.

Jambatan itu dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.

Raja Muda Nala, adalah putera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.

Apabila Sultan Sallehuddin mangkat pada tahun 1778, putera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Ibrahim Shah.

Baginda kemudian melantik pula adinda baginda, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2017 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: