Kategori Berita Utama

Jangan ambil jalan mudah naikkan tarif selesai masalah – Ezam

19 DIS: Kerajaan diminta supaya tidak mengambil jalan mudah dengan menaikkan tarif elektrik dan tol semata-mata bagi menyelesaikan masalah mereka, tegas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, kerajaan seharusnya lebih dahulu memikirkan segala alternatif lain yang mampu dilaksanakan kerana kenaikkan ini pastinya akan membebankan rakyat yang sebelum ini sudah terbeban dengan peningkatan harga gula dan petroleum.

Senator Ezam Mohd Noor

Senator Ezam Mohd Noor

“Pimpinan kerajaan harus ambil langkah tegas dan cepat untuk perbetulkan orientasi beberapa kalangan pembuat dasar akhir-akhir ini yang mengambil jalan mudah menaikkan tarif untuk selesaikan masalah mereka dan bebankan kepada rakyat.

“Kerajaan transformasi yang bercirikan negara maju mesti lebih efisien dan sofistikated di dalam merungkai masalah dan bukannya dengan mengambil jalan mudah naikkan tarif dan minta rakyat tanggung beban.

“Cara ini bukan cara sebuah kerajaan transformasi yang seharusnya lebih tangkas tangani masalah disamping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Justeru, Ezam meminta kerajaan memberikan lebih tumpuan kepada menambah baik soal ketirisan, suapan rasuah, serta perjanjian urusniaga yang berat sebelah dan terlalu menguntungkan sektor korporat.

Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kerajaan memberi tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam menyelesaikan masalah walaupun ia lebih rumit berbanding keputusan naikkan harga tariff.

Desas-desas kenaikkan kadar tol telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang mahu kerajaan menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 3:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: