Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan babitkan istana dalam PRK Kajang – Sultan Selangor

18 FEB: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Selasa, semua parti dan ahli politik diharap tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Baginda juga melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, membabitkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka bagi kepentingan mana-mana parti politik dalam PRK berkenaan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, baginda turut menegaskan pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas.

sultanselangorPR

“Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.

Istana tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.

“Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac ini untuk hari penamaan calon mmanakala pengundian pada 23 Mac bagi PRK itu.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan 27 Januari lalu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 6:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: