Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan benarkan ada pihak cetus api perkauman – Muhyiddin

29 JAN: Sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2014 yang akan bermula dengan masyarakat Tionghua berkumpul dalam majlis makan besar bersama keluarga petang esok adalah satu lagi bukti bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini bebas mengamalkan adat, budaya dan tradisi masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya toleransi antara kaum yang menjadi teras kepada keamanan Malaysia sejak sekian lama dapat dikekalkan jika sikap saling memahami, hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain terus diamalkan seluruh rakyat.

“Ini kerana telah terbukti tidak ada sekatan jauh sekali larangan kepada kaum-kaum di Malaysia termasuk kaum Tionghua untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan seterusnya meraikannya secara besar-besaran.

Perutusan CNY TPM_edited“Justeru saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk memelihara tradisi yang menjadi kunci kekuatan kita selama ini dengan tidak membenarkan mana-mana pihak mencetuskan api perkauman yang pastinya akan meruntuhkan keharmonian yang telah terbina sejak sekian lama,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam perutusan Tahun Baru Cina beliau, Rabu.

Menurut Muhyiddin lagi, buah limau serta warna merah menjadi lammbang keceriaan dan kemakmuran kepada masyarakat Cina.

“Namun tanpa persefahaman dan kesepakatan dengan kaum-kaum lain keceriaan dan kemakmuran itu tidak akan menjadi kenyataan,” tegas beliau mengingatkan penting kepada semua pihak untuk memelihara perpaduan.

Tahun Baru Cina kali ini  jatuh pada Tahun Kuda mengikut kalendar lunar Cina dan dipercayai mmembawa semangat yang tinggi kepada mereka untuk memajukan diri dalam semua bidang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 8:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: