Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan berdolak dalik kalau terlebih bayar

28 JUN: Kerajaan Pulau Pinang perlu membuat kenyataan sebenar bahawa mereka sudah membayar secara berlebihan kepada perunding projek terowong laut serta tiga lebuh rayanya yang belum dibina.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri dinasihatkan mendalami Akta Pendaftaran Jurutera 1967 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tidak munasabah.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Datuk Eric See-To Choong (foto) berkata EXCO negeri, Chow Kon Yeow juga sudah mengesahkan berlakunya terlebih bayaran sebanyak 17.6 peratus pada Sabtu lalu.

Menurutnya, biarpun Kon Yeow menafikan bukan 400 peratus terlebih bayar sebagaimana perkiraan dibuat Lembaga Jurutera Malaysia serta Menteri Kerja Raya, namun bayaran disahkan sebanyak RM177.5 juta.

“Beliau menyenaraikan 10 kerja lain iaitu perunding bagi kerja sivil dan struktur, ukur tanah, Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA), reka bentuk terowong; reka bentuk seni bina, reka bentuk mekanikal dan elektrikal, pengurusan projek, kajian impak sosial, kajian impak trafik dan kajian kebolehlaksanaan kewangan dan pembiayaan,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Bagaimanapun, Choongberkata, selepas semakan dan rujukan dari pelbagai pihak, pihaknya mendapati senarai didedahkan itu adalah komponen sampingan saja.

“Kajian kebolehlaksanaan itu, di mana tambahan bayaran sebanyak RM31.2 juta sudah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang dan berasingan dari fi RM177.5 juta, sudah tentu mencakupi ukur tanah, kajian impak trafik dan kebolehlaksanaan kewangan,” katanya.

Choong bagaimanapun mendakwa bayaran reka bentuk terperinci yang menjadi tumpuan kepada bayaran terlebih sebanyak 400 peratus  itu merangkumi pelbagai kerja termasuk perunding kerja sivil dan struktur, reka bentuk terowong dan lain-lain lagi.

“Kajian DEIA sepatutnya mencakupi kajian impak trafik. Bagaimanapun, kami dapati bayaran DEIA berkenaan tidak termasuk dalam skop kajian kebolehlaksanaan dengan kos RM31.2 juta dan reka bentuk terperinci. Ia sepatutnya adalah bayaran berasingan.

“Kos ini dinyatakan dengan jelas pada lampiran 11 Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerajaan Pulau Pinang bagi pembinaan Terowong RM6.34 bilion dan tiga lebuh raya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 10:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: