Kategori Berita Utama

Jangan buat spekulasi pembelian hotel Kesington oleh FIC: SPRM

26 OKT: Mana-mana pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) kerana proses siasatan masih berjalan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya ketika ini sedang dalam proses untuk mengambil keterangan daripada pihak luar negara berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Keterangan yang akan diambil antaranya melibatkan pihak peguam dan penjual di sana (luar negara) bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.

Selain itu, Azam berkata SPRM telah selesai ambil keterangan pihak dalam negara termasuklah mengambil segala dokumen berkaitan hotel itu dan FELDA memberikan kerjasama penuh.

Beliau berharap mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan SPRM tidak akan mendedahkan butiran siasatan yang masih berjalan.

Azam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan  Naib  Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa hotel itu berkenaan bukan milik FIC malah ia milik sebuah syarikat lain.

Selasa lalu, FELDA menegaskan tiada penubuhan syarikat baharu yang beroperasi di London oleh FIC seperti didakwa pembangkang.

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Rafizi telah membuat satu tuduhan yang berat dengan mendakwa kononnya FIC menubuhkan sebuah syarikat baharu bertarikh 17 Okt 2017.- Bernama

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 2:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: