Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan campur urusan PAS

2 JAN: DAP tidak ada hak untuk masuk campur urusan PAS.

Tegas Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu perlu menjaga urusan dalaman sendiri dan tidak perlu memberi sebarang komen terhadap parti lain termasuk soal Datuk Mahfuz Omar keluar PAS baru-baru ini.

“Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri. Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka; jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman,” katanya dipetik media.

Beliu berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan Lim Guan Eng yang mendakwa tindakan Mahfuz keluar parti pada Ahad lalu disebabkan perjuangan PAS yang semakin sesat.

Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tindakan yang diambil Ahli Parlimen Pokok Sena itu kerana kecewa PAS kini dilihat mesra berdampingan dengan UMNO BN sehingga mendapat pujian dari kerajaan memerintah.

“Komen DAP lari dari apa yang Mahfuz sebutkan. Jika kita lihat kenyataan Mahfuz, tiada kena-mengena dengan PAS sesat, makin jauh. Bagi PAS, itu hak peribadinya.

“Kita tahu Mahfuz sudah lama buat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti, ini bukan perkara baru. Semua maklum beliau akan umum keluar parti.

“Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau. Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS,” ujar Tuan Ibrahim.

Terdahulu Mahfuz mengumumkan keluar parti kerana kecewa usaha untuk menarik PAS bekerjasama dengan gagasan pembangkang menemui kegagalan.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu bagaimanapun tidak mengumumkan parti mana yang akan disertainya selepas ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2018 4:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: