Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan guna barang elektrik semasa bah – TNB

2 DIS: Berikutan musim banjir di beberapa kawasan di negara ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan peralatan eletrik semasa bencana serta menutup suis utama bagi mengurangkan kemungkinan  berlaku renjatan elektrik.

“Pengguna yang premis mereka dinaiki air juga dinasihatkan untuk segera menghubungi kami bagi membolehkan  bekalan eletrik dihentikan demi keselamatan,” kata Pengurus Besar (Perhubungan Awam & Dalaman), Datuk Omar Sidek.

Menurutnya, TNB sentiasa memantau situasi dan akan menutup bekalan ke pencawang di kawasan terbabit sekiranya paras air mencecah tahap bahaya.

“Penutupan bekalan elektrik ke kawasan terlibat dibuat untuk sementara waktu dan akan disambung semula selepas air banjir surut dan keadaan kembali selamat,” kata Omar dalam kenyataan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 1:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: