Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan kompromi dengan kumpulan pelampau – WargaAMAN

26 FEB: Ketika ramai masih bediam dari memberi reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai Rancangan Rekonsiliasi Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) tampil mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib.

WargaAMAN dalam satu kenyataan pada Rabu mengalu-alu kenyataan Perdana Menteri menggesa semua media arus perdana serta media sosial supaya tidak memberi ruang atau publisiti kepada penghasut serta pelamppau yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan keterlaluan.

S-Barathidasan“WargaAMAN juga menyeru agar Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berkompromi dengan kumpulan pelampau tidak bertanggungjawab ini, individu atau sesiapa saja yang cuba membangkitkan kebencian dan ketegangan antara kaum atau agama,” kata Setiausaha Agung WargaAMAN, S. Barathidasan dalam kenyataan itu.

Katanya, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kerajaan mempunyai kuasa untuk menghentikannya dengan mengambil tindakan tegas melalui undang-undang kerana tindakan menyeru rakyat bertenang atau berhenti memberi publisiti tidak mencukupi.

Ini kerana ada banyak provokasi dan beberapa lagi insiden yang semakin berani di lakukan oleh kumpulan pelampau tertentu kerana menganggap mereka seolah–olah kebal daripada undang-undang dan dengan itu dikhuatiri mereka akan melakukan sesuatu yang lebih memburukkan keadaan.

Barathidasan bagaimanapun bersetuju bahawa membantu memberi publisti kepada kumpulan pelampau terbabit boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Pada masa yang sama WargaAMAN berharap agar Najib dapat mendedahkan senarai kumpulan pelampau yang beliau maksudkan.

“WargaAMAN dan seluruh Rakyat Malaysia ingin tahu siapakah kumpulan penghasut dan pelampau yang Datuk Seri Najib maksudkan?” tanya Barathidasan.

“Siapakah pelampau-pelampau yang sebenarnya menyusahkan rakyat dalam pelbagai tuntutan yang menggugat keharmonian serta membangkitkan kemarahan, kebencian di antara kaum di negara ini?” tanya lagi.

Kebelakangan ini wujud pelbagai tuntutan tidak munasabah daripada golongan tertentu yang bersifat provokasi hingga mencetusakan pelbagai reaksi, termasuk tindak-balas melampau.

Antaranya desakan pihak tertentu yang berkeras mahu menggunakan kalimah Allah termasuk dalam bahan percetakan dan penerbitan, kritikan melampaui batas tatasusila hingga berbentuk penghinaan, serta pengeluuaran pelbagai kenyataan politik tanpa bukti hingga bersifat fitnah dan hasutan kerana kepentingan politik.

Akibatnya, disamping reaksi yang matang serta rasional melalui saluran perundangan dan sebagainya, ada pihak yang terlalu marah bertindak-balas lebih radikal.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 1:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: