Kategori Berita Utama

Jangan kongsi berita kalau tak pasti, kata Presiden MCA

22 FEB : Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah terutama melalui yang tersebar melalui media sosial.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata gejala itu perlu dikawal kerana memberi kesan negatif yang meluas.

Berikutan itu katanya adalah menjadi harapan agar semua mencari kebenaran tentang sesuatu berita yang dilaporkan.

“Jangan kongsi kalau tidak pasti kerana kesan buruk berkongsi berita palsu amat besar sekali.

“Kita amat menghormati kebebasan bersuara serta hak untuk mengetahui, tetapi pada waktu yang sama kita perlu menegakkan hak rakyat yang tidak berdosa untuk menghindar dari disinggung, ” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi MCA bersama Media  2018 di Jalan Ampang, ibu kota, Khamis.

Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong dan barisan kepimpinan parti MCA.

Pada masa sama, Tiong Lai turut menasihatkan pengamal media agar melaporkan berita yang sahih yang menyumbang kebenaran kepada masyarakat.

Beliau juga mahu hubungan parti itu dengan media yang diibarat aur dengan tebing diteruskan ari masa ke semasa.

Mengulas berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ahli Parlimen Bentong itu berkata beberapa usaha sedang dijalankan MCA bagi membantu kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai beramah mesra bersama pengamal media

“Antaranya menaiktaraf ketiga-tiga Institusi Tunku Abdul Rahman, membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sebagainya.

“Selain itu, MCA juga sedang giat meningkatkan penarafan kumpulan pemikir, pembaharuan mekanisme menghadapi PRU, peperangan melalui media baharu dan semua ini tidak pernah ada tetapi sedang dilaksanakan sekarang,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2018 9:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: