Kategori Berita Utama

Jangan mudah terpancing dengan perbezaan sehingga timbul perpecahan

14 JUN: Jangan mudah terpancing dengan perbezaan sehingga menimbulkan perpecahan.

Demikian kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada rakyat seluruhnya dengan mengingatkan bahawa perdamaian adalah pengajaran terpenting yang sangat mahal harganya.

“Oleh itu, amat penting kita tanamkan kepada generasi muda agar sentiasa bertoleransi terhadap perbezaan, jangan memaksakan kehendaknya yang belum tentu kebenarannya.

“Menjadi Muslim yang sentiasa merangkul bukan memukul, mengajak bukan mengejek, sentiasa mendidik bukan mengherdik dan yang sentiasa bertoleransi akan perbezaan, kerana perbezaan itu indah jika mengambil kira dari segi positifnya.

“Sesungguhnya pengajaran terpenting adalah perdamaian itu harganya sangat mahal,” katanya dipetik media.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menjemput semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama bersama menyambut Aidilfitri bersama umat Islam sebagai lambang perpaduan.

Beliau dalam masa yang sama juga turut mengajak masyarakat untuk kembali membina iltizam meneruskan perjuangan dengan berpaksikan kepada kejujuran hati suci mentarbiahkan keesaan Ilahi dan bersama menyalakan obor suci agama.

“Saya yakin dengan memperkukuhkan jalinan ukhwah sesama Muslimin dan Muslimah, kita juga tetap memelihara keharmonian umat yang pelbagai latar kehidupan, budaya, keturunan dan pegangangan agama, untuk kita sama sama membena negara agar sentiasa terpelihara dari sebarang musibah dari kekihlafan insaniah,” katanya.

Kepada anggota UMNO pula, Ahmad Zahid berpesan supaya mereka sentiasa memberi sokongan kepada pemimpin dan parti dalam meneruskan perjuangan suci demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2018 2:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: