Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan mudah terpedaya pembangkang, hanya BN bantu rakyat

16 JAN: Rakyat diingatkan agar tidak mudah terkeliru dan terperdaya dengan dakyah pembangkang yang mewujudkan parti serpihan dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan dan kepimpinan Barisan nasional.

Menurut Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO dapat membela nasib rakyat dalam memberi khidmat tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Ia terbukti apabila pelbagai program yang dilakukan BN dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan serta meringankan beban rakyat termasuklah Program Jelajah Jom Bantu Rakyat Program Happy To School Anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M).

Azeez yang juga Pengerusi KP1M berkata, Parlimen Kalabakan dan Tawau menjadi destinasi terakhir dalam melengkapkan 78 kawasan parlimen di seluruh negara yang bermula sejak 15 November tahun lalu.

“Alhamdulilah ini lah usaha yang dilakukan oleh parti UMNO di bawah biro keahlian daftar pemilih dengan setiap UMNO bahagian.

“Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan di seluruh 78 ketua-ketua UMNO bahagian dan seluruh ajk UMNO bahagian dengan kerjasama pihak PPD pegawai pendidikan daerah di seluruh negara 78 bahagian ataupun 78 parlimen telah bekerja erat dalam satu pasukan dapat kita menjayakan pengagihan baju sekolah,” katanya kepada media selepas Program Happy To School di Sekolah Kebangsaan Kalabakan di Tawau.

Tambahnya, melalui jelajah dari Perlis hingga ke Sabah itu, seramai hampir 100,400 pelajar tanpa mengira kaum, agama, latar belakang serta bangsa memanfaatkan bantuan persekolahan.

Bantuan tersebut adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban ibubapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Menurut Azeez lagi, bantuan itu juga adalah tambahan dalam menjayakan program UMNO Jom Bantu rakyat, selain peruntukkan yang dibentangkan dalam Bajet Mesra Rakyat 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada program itu, sebanyak 4 buah sekolah iaitu SK Kalabakan, SK Brantian, SK Ulu Kalabakan dan SMK Kalabakan membabitkan lebih 1 ribu pelajar menerima kelengkapan berupa pakaian sekolah serta beg sekolah selain bantuan khas kewangan dengan nilai keseluruhan melebihi 150 ribu ringgit.

Sementara itu Program Happy To School pada sebelah petang di SK Balung di Parlimen Tawau menyaksikan  seramai 1,000 pelajar membabitkan 15 buah sekolah masing-masing lima sekolah di Dewan Undangan Negeri Apas dan 10 sekolah di kawasan Balung menerima bantuan tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Syed Abbas Syed Ali serta ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2018 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: