Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan pertikai GST, fikir cara salur untuk rakyat

30 OKT: Sepatutnya semua pihak tidak mempertikai sistem yang diguna pakai di Malaysia khususnya kutipan cukai Barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya memikirkan bagaimana kutipan cukai tersebut dapat digunakan untuk membangunkan rakyat.

Membidas dakwaan pembangkang yang menyatakan GST membebankan rakyat, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia sebenarnya sistem terbaik untuk digunakan bagi mengutip cukai daripada semua pihak.

Jelasnya lagi ini bukan bermakna untuk meletakkan bebanan kepada golongan miskin, tetapi ingin memberi kesamarataan kepada semua pihak untuk membayar cukai termasuk golongan mampu yang sebelum ini mengelak daripada dikenakan cukai.

“Cuba lihat di Indonesia, terdapat 200 ribu penduduk tetapi tidak sampai 20 peratus yang bayar cukai pendapatan, terlalu berkurang, begitu juga dengan syarikat di Malaysia yang sebelum ini mereka mengelak daripada membayar cukai, tetapi dengan GST mereka tak boleh elak lagi, sebab itu mereka marah.

“Jadi konsepnya yang kaya akan bayar cukai lebih banyak kerana penggunaanya lebih banyak, yang miskin pula perlu aturkan perbelanjaan mereka supaya boleh mengawal pendapatan yang mereka perolehi,” katanya dalam program bual bicara bersama RTM di Parlimen, Isnin.

Turut menjadi panel dalam forum yang sama, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen.

Khalid berkata demikian sebagai pengalamannya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat dimana pelbagai strategi boleh dilakukan mereka untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Di Malaysia kita ada 30 juta penduduk, yang dapat balik perolehan sekurang-kurangnya 15 juta orang, kalau tak ada GST tak ramai yang akan bayar cukai, sebab itu saya kata pentingnya cukai untuk dibayar oleh semua peringkat. Dan di Australia, mereka boleh lihat taktik itu tak dapat dikawal sebab selepas setahun baru mereka tahu apa yang berlaku.

“Jadi pada saya semua pihak harus menunjukkan efisiensi syarikat masing-masing untuk membayar cukai GST seperti yang dipertanggungjawabkan sekarang ini,” ujarnya.

Berikutan itu jelas Khalid lagi, konsep GST itu adalah sama dengan konsep merakyatkan ekonomi di Selangor yang pernah digunakan sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, dimana apabila harta kita dapat perolehi ia harus dipulangkan kembali pada rakyat,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2017 8:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: