Kategori Berita Utama

Jangan pinggirkan kami, kata veteran UMNO

10 NOV: Kelab veteran UMNO mengingatkan kepimpinan parti keramat itu supaya tidak mengenepikan mereka dalam setiap persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan jumlah keahlian seramai 800,000 dari 3.4 juta ahli UMNO, veteran adalah aset kepada BN.

“Jangan pinggirkan kami. Kami hanya mahu membantu. Kami tidak ada tujuan lain kecuali untuk memastikan kemenangan BN.

“Kami tidak akan menjadi ancaman kepada sesiapa pun. Oleh itu kami tidak seharusnya dicurigai,” katanya.

Mustapha (foto) berkata, meminggirkan kumpulan itu bermakna UMNO mengundang kepada kekalahan dalam PRU14.

“Kami adalah pengundi saluran satu dan dua yang menjadi pengundi tegar BN,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mustapha, semua jawatankuasa veteran UMNO bahagian diseluruh negara sudah bersedia untuk bekerja bersama dengan jentera pilihan raya bahagian.

“Mereka mempunyai pengalaman dan jangan persiakan pengalaman itu.

“Sebaiknya semua bahagian UMNO memberi peruntukan khas kepada veteran bahagian membuka bilik gerakan sendiri khusus untuk menjaga pengundi ahli veteran,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 10:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: