Kategori Berita Utama

Jangan politikkan pendidikan termasuk pembangkang

23 MAC: Jangan gunakan bidang pendidikan sebagai bahan politik mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Ini kerana menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pendidikan adalah fokus utama dalam mendidik modal insan selaras matlamat Transformasi Nasional 50 (TN50).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memotong pulut kuning simbolik pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat

Justeru katanya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempolitikkan bidang tersebut kerana mampu merencatkan pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar.

“Saya minta mereka di luar, ahli politik tak payah guna pendidkan sebagai platform untuk tujuan yang tidak baik. Kalau nak gaduh kita gaduh tajuk lain, ada 100 tajuk lagi kita boleh bergaduh di luar.

“Kita layan semua orang termasuk pembangkang. Fokus kita adalah pendidikan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan sempena  Sambutan Hari Guru 2018 di Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan 26 murid miskin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi tidak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kononnya sekolah berkenaan memohon sumbangan awam membaiki kemudahan adalah fitnah.

Mesej disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu turut memaparkan nombor akaun bank sekolah berkenaan bagi menyalurkan sumbangan termasuk kononnya mahu memperbaiki kerosakan kemudahan sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tinggi, Henry Asokan, berkata sekolah berkenaan tidak sampai ke tahap ‘meminta sedekah’ untuk kos penyenggaraan kemudahan seperti viral di media sosial.

Mahdzir dalam masa yang sama turut meminta agar Pengarah Pendidikan Selangor melalui KPM membuat siasatan tentang perkara tersebut dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2018 2:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: