Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jangan sabotaj jika digugurkan

Perkara ini selalu berlaku dan sebab itu calon yang digugurkan daripada bertanding di peringkat bahagian termasuk sayap-sayap diingatkan supaya tidak sabotaj pemilihan parti.

Mereka disaran menerima keputusan tersebut secara terbuka dan tidak melakukan apa-apa tindakan di luar batasan termasuk sabotaj.

calonmtMenurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar, ingatan itu perlu memandangkan proses pemilihan UMNO kali ini adalah penting kerana  menentukan kedudukan parti pada masa depan.

“Saya minta semua calon yang tidak layak bertanding supaya akur dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO peringkat Pusat.

“Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, tidak akur dengan keputusan tersebut, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan. Jadi semua orang kena ikut peraturan,” katanya di Kuala Selangor, Jumaat.

Katanya, beliau sudah menemui pasukan pemantau pemilihan UMNO di negeri ini dan meminta mereka menjalankan tugas dengan adil seperti mana yang diarahkan oleh pengurusan parti itu di peringkat Pusat.

“Saya harap tidak ada isu pilih kasih terhadap mana-mana calon yang bertanding supaya perwakilan berpuas hati, ” ujar Noh.

Menurut beliau, pasukan pemantau pemilihan bahagian jalankan tugas mengikut peraturan dan arahan yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya. -11/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 October 2013 1:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: