Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Namawee: Jangan salahkan pihak berkuasa jika tindakan diambil

15 FEB : Keharmonian masyarakat Malaysia perlu menjadi keutamaan sebelum membuat sesuatu perkara yang dilihat boleh menyinggung perasaan bangsa dan budaya kaum lain.

Membidas penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang membuat video klip aksi tarian lucah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa jika diambil tindakan.

“Jika ada mana-mana individu lakukan provokasi sedemikian, jangan salahkan pihak berkuasa kalau tindakan dilakukan ke atas beliau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Alat Keselamatan Kebakaran kepada Institusi Tahfiz Swasta Berdaftar di Bangunan Perdana Putra. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Orang itu telah terlepas dalam banyak tindakan, dan kita harap jangan mana-mana pihak membuat provokasi, ini bukan amaran, saya hanya hendak beritahu tindakan pasti akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan alat kebakaran kepada 612 institusi tahfiz di Putrajaya, Khamis.

Semalam, Pengerusi Aktivis Media Sosial, Kamarudin Ahmad menggesa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat video klip penyanyi kontroversi Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan Masjid Putrajaya.

Penyanyi kontroversi itu mendapat kecaman netizen apabila beliau sebelum ini mempersendakan lagu Negaraku.

Namewee selepas itu mencetuskan kontroversi apabila lelaki itu memuatnaik video lagu Oh My God yang didakwa menghina agama Islam.

Terbaru, rakaman video lagu bahasa Cina “Like A Dog” di lokasi berdepan dengan rumah ibadat suci umat Islam itu dimulakan dengan dua “anjing” seolah-olah sedang melakukan hubungan seks, dan diakhiri dengan sekumpulan “anjing” melakukan aksi seks berkumpulan sebelum “melarikan diri” apabila terdengar bunyi siren, konon sedang dikejar oleh pihak polis.

Dalam lagu itu juga, Namewee berulang kali menyanyikan rangkap lirik yang terjemahannya berbunyi,

“Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Begitu comel dan sentiasa sihat. Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Dapat tuan yang betul dan boleh hidup senang.”

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2018 6:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: