Kategori Berita Utama

Jangan sepak kaki kawan dalam BN

20 MAC: Semua jentera parti komponen BN diingatkan supaya tidak melakukan khianat sesama sendiri sehingga boleh menjejaskan kemenangan parti pada PRU14.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak berkata perlakuan itu akan merugikan parti yang akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Ahli komponen BN jangan khianat,  jangan tembak kaki sendiri, jangan bentes kaki sendiri dan jangan sepak kaki kawan bagi memastikan kejayaan BN dalam PRU14.

“Misi kita adalah saling bantu-membantu antara satu sama lain,” katanya ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh hari ini.

Pada masa sama, Najib yang juga Perdana Menteri turut melancarkan buku ‘Di Sebalik Nama Najib Razak’ di hadapan 10,000 hadirin.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi BN Parlimen Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Sementara itu, Najib menuntut jentera BN Melaka bekerja keras untuk merealisasikan formula 4+1 kerusi Parlimen dan 21+4 bagi kerusi DUN pada PRU14, seterusnya memastikan BN merampas kembali Parlimen Bukit Katil.

“Saya hendak tanya orang Bukit Katil. Apa yang ahli Parlimen Bukit Katil buat selama sepenggal. Apa jasa dia kepada Bukit Katil. Ada perubahan atau tidak?

“Jika beri peluang kepada BN menang di Bukit Katil, saya sendiri sedia memberikan peruntukan tambahan kepada kawasan ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 8:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: