Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Janin dijumpai dalam longkang

19 NOV: Penduduk di sebuah flat gempar apabila menemukan objek dipercayai janin di SS 8, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, janin tersebut ditemukan dalam longkang oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas di blok flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang wanita yang merupakan ketua blok berkenaan.

“Wanita berusia 58 tahun terbabit terus menghubungi pihak polis.

“Flat berkenaan dihuni majoriti warga asing dan tiada kamera litar tertutup (CCTV). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2017 10:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: