Kategori Berita Utama

Janji pembangkang sedap didengar tetapi fokus mereka Putrajaya

22 FEB : Rakyat diingat tidak lagi tertipu dengan janji manis atau manifesto pembangkang yang sedap didengar sedangkan fokus mereka hanya untuk  ke Putrajaya..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang tidak berminat membela rakyat sebaliknya hanya pandai berjanji tetapi bukan hendak ditepati.

Ketika berucap di pelancaran BR1M dan I BR1M 2014 di ibu negara, Sabtu, Najib menyifatkan Ketua Pembangkang hanya seorng yang berminat mengejar kuasa bukannya memikirkan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatikan rakyat jangan tertipu banyak kali dengan janji-janji pembangkang selama ini.

brim3a

Najib meneliti jumlah wang BR1M diterima orang ramai-Foto HILMI JAAFAR

“Jangan tertipu banyak kali… Dah kena tipu 16 September, mereka tipu pula mengenai 40,000 Bangladesh pula. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan hanya 12 orang dalam tempoh 10 tahun warga Bangladesh berjaya mendapat warganegara.

“Mereka kata ada lampu padam kita curi peti undi, rakyat tertipu lagi. Dia kata kalau kalah nak jadi pensyarah, tapi pergi bertanding di Kajang pula, ” katanya.

Menurut Najib, ini berbeza dengan kerajaan yang  sentiasa mencari idea dan pendekatan baru untuk merancakkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

“BN berbeza dengan pembangkang, mereka lancar Bersih satu, dua dan tiga. Tetapi sebagai kerajaan bertanggungjawab kita lancar BR1M satu dua dan tiga.

“Insya- Allah dengan izin Allah kita akan lancar BR1M empat dan lima,” katanya.

Tambah beliau, pemberian BR1M ini bukan gula-gula pilihan raya tetapi untuk berkongsi kekayaan dengam brim3mereka yang memerlukan.

“BR1M ini bukan untuk memancing undi. Jika hendak pancing undi kena buat sebelum pilihan raya. Tetapi ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk membantu golongan sasaran.

“Kenaikan 20sen harga minyak bukan hukuman kepada rakyat tetapi kerajaan sedang beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi tersasar.

“Subsidi pukal boleh menyebabkan berlaku ketirisan dan kurang efisien dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan,” katanya.
Najib berkata, kerajaan akan menambah baik kaedah pemberian BR1M dari masa ke semasa.

Seramai 7 juta penerima BR1M tahun ini dengan peruntukan RM 4.5 bilion. Penerima BR1M boleh mengemaskini akaun mereka bermula semalam.

Menurut Najib, kerajaan mengenal pasti langkah terbaru itu lebih efektif dan memudahkan rakyat.

brim3b

Orang ramai bersalaman dengan Najib di majlis pelancaran BR1M 2014

“Kalau kita serah tunai pada keseluruhannya, ambil masa hingga tiga bulan baru selesai. Ada benda orang tak boleh tunggu, masuk melalui akaun lebih efisyen. InsyaAllah dalam tempoh lima tahun akan datang BR1M akan dinaikkan kepada RM1,200,” katanya.

Katanya, mungkin ada yang salah faham mengenai jumlah Rm1,200 yang sebenarnya akan naik sehingga jumlah itu dalam tempoh lima tahun.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2014 1:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: