Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jawapan bukan Melayu tidak sensitif kes seks bawah umur

21 MAC : Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi  Tuanku Jaafar tidak menyebut dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat pada Rabu bahawa golongan bukan melayu tidak sensitif ataupun menerima aktiviti-aktiviti seks gadis bawah umur dalam masyarakat mereka.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebaliknya, kenyataan tersebut ada dalam ulasan ahli parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang mengulas jawapan Dr Wan Junaidi berhubuung isu kes-kes rogol bawah umur yang dibangkitkan pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat.

Malangnya beberapa pihak termasuk portal berita dalam alam maya dan sebahagian pengguna Facebook telah merujuk kata-kata Chong ini sebagai perkataan asal Datuk Wan Junaidi.

Berikut alamat URL kenyataan media penuh Setiausaha Sulit Kanan kepada timbalan menteri itu Wan Hamzah Wan Paie yang dikeluarkan pada Jumaat.

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/1513

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 7:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: