Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rampas P.Pinang:Jawatan Ketua Menteri kekal milik komponen BN

12 APRIL: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan kekal milik parti komponen Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, perkara tersebut berlandaskan semangat persefahaman yang tinggi diamalkan sesama parti komponen BN selama ini.

Ujar beliau, keputusan tersebut juga berlandaskan prinsip perkongsian kuasa dalam BN yang diamalkan sejak sekian lama dan wajar dihormati.

“Di Pulau Pinang, konsep dulu (perkongsian kuasa) kita pertahankan. Sebab itu jika BN menang PRU14, bakal Ketua Menteri bukan UMNO, tetapi daripada parti komponen BN.

“Ini adalah persefahaman kita dan kita mahu berlaku adil, maka konsep ini kita teruskan,” katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama rakyat sempena program turun padang Najib bertemu rakyat Parlimen Balik Pulau di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar malam ini.

Majlis itu dihadiri lebih 5,000 penduduk selain barisan kepemimpinan BN negeri diketuai Pengerusinya yang juga Pengerusi GERAKAN negeri, Teng Chang Yeow.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 11:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: