Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jawatankuasa khas siasat kes bilah melayang

13 FEB: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas siasatan dalaman bagi menyiasat kemalangan yang mengorbankan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di Gemas, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Jawatankuasa terbabit akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

“Kementerian melahirkan rasa sedih, simpati dan kesal terhadap kejadian terbabit. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan, Nur Afini Roslan, 14, terbunuh, manakala dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13. cedera, akibat terkena bilah pisau mesin rumput yang melayang.

Kementerian Pendidikan juga memohon kerja sama semua pihak supaya menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian terbabit bagi menghormati perasaan keluarga mangsa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2018 10:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: