Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jawatankuasa kecemasan hadapi bencana ditubuh

30 DIS: Sebuah jawatankuasa bagi merangka tindakan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi bencana alam seperti banjir telah ditubuhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin.

“Saya hargai sebarang bentuk bantuan dari semua pihak untuk membantu mangsa. Saya doakan agar Allah SWT memudahkan dan meringankan beban keluarga yang terbabit dalam bencana banjir di Bintulu, Miri, Sarikei serta kawasan lain,” kata Najib menerusi status terbaharu beliau di akaun Facebook serta Twitter rasminya pada Isnin.

Semalam keadaan hujan berterusan dilapor mengakibatkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir apabila beberapa kawasan di bahagian Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air di antara 0.5 meter hingga satu meter.

Manakala hari ini dilaporkan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 222 orang mangsa di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, iaitu daerah kecil di bahagian Miri.-bnbbc.my

twitter pm FB PM

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 4:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: