Kategori Berita Utama

Jeff Ooi ada sejarah hitam dengan MPPP

2 DIS : Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun sudah memohon maaf kerana menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) sebagai kucing kurap.

Permohonan maaf itu dibuat Jeff Ooi ketika Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Georgetown, pada Ahad itupun selepas diminta Pengerusi parti itu Karpal Singh.

Ini selepas Jeff Ooi berkata tiada siapa boleh menyuruhnya memohon maaf kecuali Karpal Singh.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi Setiausaha DAP Cawangan Taman Chai Leng, Samsher Singh yang mahu Jeff Ooi mohon maaf secara terus kepada pegawai MPPP.

Beliau berkata tindakan itu bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas memohon maaf dan bukannya atas desakan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

“Adalah baik juga jika dia (Ooi) boleh mohon maaf terus kepada MPPP, jika tidak pihak media akan kata dia mohon maaf hanya untuk jaga hati Karpal sahaja,” katanya.

Pada 24 Nov lalu  Jeff Ooi mengaku memberi label ‘kucing kurap’ kepada kepada beberapa  pegawai MPPP pada 16 Nov kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai  kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

jeffoiii

Jeff Ooi rapat dengan Lim Guan Eng

Mungkin ramai tidak tahu Jeff Ooi bukan hebat terlalu dalam DAP kerana beliau tidak dipilih pun menganggotai Jawatankuasa DAP peringkat negeri.

Namun kerana pernah jadi Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mendapat layanan istimewa Lim Guan Eng.

Seperti ada sejarah hitam Jeff Ooi dengan MPPP kerana sebelum ini beliau pernah di hadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana membuat kenyataan fitnah terhadap ahli MPPP, Mohd Razali Abdullah.

Mahkamah kemudian memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong itu membayar RM150,000 kepada bekas Ahli MPPP kerana saman fitnah tersebut.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai Isnin sehingga tarikh pembayaran.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

 

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau “mad man” (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam. .

Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan “mad man” itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu.

Katanya mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil oleh Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Feb tahun lalu kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.

Mohd Razali yang juga ahli PKR negeri memfailkan saman malu RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong itu yang didakwa membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat secara berulang terhadap beliau.

Kini Jeff Ooi sekali lagi berdepan kemelut dengan MPPP dan jika Mohd Razali boleh menyamannya kerana memfitnah, tidak mustahil pegawai serta kakitangan MPPP juga boleh berbuat demikian kerana ini soal maruah mereka yang dihina apabila dipanggil ‘kucing kurap’.

Jeff Ooi sebenarnya memberi imej tidak baik bukan sahaja kepada dirinya, DAP malah kepada kerajaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertegas mahu pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di kawasan penyeliaan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pada bulan Mei 2012, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, yang memperuntukkan supaya SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Insiden ini juga membolehkan rakyat Pulau Pinang bertanya apa akan jadi dengan reformasi pihak berkuasa tempatan yang mahu diperjuangkan DAP termasuk Jeff Ooi melalui pilihan raya tersebut.

Sikap mulut celupar Jeff Ooi dan sewenang-wenangnya beliau menghina orang lain hanya  bakal mengundang lebih banyak kebencian masyarakat terhadapnya.  –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 12:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: