Kategori Berita Utama

Jelajah TPBR capai matlamat, bantu lebih 110,000 individu berfokus

4 JUN : Program Jelajah UMNO Turun Padang Bantu Rakyat (TPBR) yang berakhir pada Sabtu dilihat mencapai matlamatnya membantu golongan berfokus yang memerlukan di peringkat akar umbi di 22 buah lokasi seluruh negeri di semenanjung dan negeri Sabah yang dijadual pada Ramadan ini.

Ketua Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata lebih 110,000 rakyat telah menerima bantuan yang dihulurkan dengan jumlah bantuan bernilai hampir RM8 juta.

image “Alhamdulillah tercapai matlamat dan hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk UMNO terus turun ke akar umbi dan merapatkan diri dengan rakyat.

“Dan bersempena Ramadan kita telah jelajah ke seluruh negara dan kita akan teruskan tradisi parti ini untuk turun dan memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan sebagai tanda kita bersimpati dengan apa yang dialami rakyat,” kata Shamsul.

imageBeliau berkata demikian ketika ditemui media di lokasi terakhir penjelajahan iaitu di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di Melaka pada Sabtu.

Pada lokasi berkenaan majlis penutup jelajah diadakan dengan BKUM turut menyerahkan sumbangan kepada lapan bahagian UMNO Melaka dan 57 orang anak yatim.

imageTerdahulu bantuan turut disampaikan kepada warga miskin UMNO Bahagian Masjid Tanah di Melaka serta sumbangan kepada lapan UMNO Bahagian dan anak yatim di Negeri Sembilan.

Sementara itu, secara keseluruhan Shamsul berkata selain daripada menyerahkan sumbangan kepada golongan berfokus, penjelajahan BKUM kali ini turut menjadi penghubung kepada rakyat dan kerajaan.

“Kita akan tetap mendapat input-input dan pandangan berhubung apa yang kerajaan lakukan kepada rakyat sebelum ini dan hari ini.

image“Input yang kita dapat ini akan kita sampaikan kepada kepimpinan parti supaya kerja-kerja yang dilakukan oleh agensi kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan akan terlaksana dengan baik,” katanya.

Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut merasakan sambutan yang diberikan rakyat di 22 lokasi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.

“Dengan sambutan daripada rakyat yang begitu baik ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat tetap selesa berada di bawah kerajaan Barisan Nasional.

“Insyallah kita akan teruskan bantuan kepada rakyat dari masa ke semasa dan akan melakukan sesi penjelajahan seperti ini setiap tahun jika berkesempatan,” katanya.

Jelajah TPBR selama lima hari bermula Selasa lalu disertai 40 kenderaan pacuan empat roda dengan disertai oleh 150 peserta terdiri daripada Skuad Sayang Wanita UMNO, pemuda dan Puteri UMNO serta sukarelawan Briged Bantuan Bencana Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan media tempatan.

TPBR yang bermula daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Perdana Menteri 31 Mei lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 June 2016 10:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: