Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jemaah Haji dilengkapi cip untuk pengesanan lokasi

4 MEI: Teknologi ‘cip khas’ yang dapat mengesan lokasi pemakainya semasa menunaikan ibadat haji di Tanah Suci akan diuji penggunaannya pada tahun ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, di peringkat awal, cip itu akan dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah.

Jemaah Haji Malaysia di tanah suci akan dilengkapi cip khas untuk mengesan pergerakan (foto hiasan).

“Ini merupakan projek perintis untuk kita menguji keberkesanan penggunaannya pada tahun ini. Melalui teknologi itu, kita akan dapat mengesan mereka sekiranya berlaku kecemasan,” katanya selepas majlis penutupan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji di Nilai, Khamis.

Menurut Saleh, pemantauan penggunaan cip itu, dikendalikan oleh 15 kakitangan teknologi maklumat (IT) daripada Theta Edge Bhd, anak syarikat TH.

Sementara itu, TH akan menambah jumlah petugas iaitu 630 orang berbanding 600 orang sebelum ini bagi memenuhi keperluan jemaah yang lebih ramai.

“Ini adalah berikutan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 orang berbanding 27,900 orang sebelumnya.

“Oleh itu, beberapa perancangan lain turut dibuat untuk berdepan peningkatan jumlah jemaah, seperti menyediakan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah, pesawat dan pembimbing jemaah,” kata Saleh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 May 2017 6:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: