Kategori Berita Antarabangsa

Jemaah haji tahun ini wajib ambil suntikan vaksin meningitis

4 OGOS: Sebanyak dua juta vaksin meningitis telah diedarkan di pusat kesihatan di 20 wilayah dan bahagian pentadbiran di seluruh Arab Saudi untuk diberikan kepada jemaah haji tempatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Abdulaziz Saeed berkata, jemaah haji pada musim ini diwajibkan untuk mendapat suntikan vaksin tersebut dan penyakit berjangkit lain.

arab saudi meningitis“Petugas musim haji juga dikehendaki membawa sijil vaksin meningitis yang perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memasuki negara itu dan dokumen tersebut tidak boleh melebihi tempoh tiga tahun.

“Kementerian juga sedang memantau situasi penyakit berjangkit lain dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan Jeddah, Izdihar Abdulsalam Al-Madani memaklumkan sebanyak 86 pusat untuk mendapatkan suntikan vaksin meningitis telah dibuka di bandar tersebut.

“Beberapa pusat juga sedia untuk memberikan perkhidmatan dan maklumat kesihatan kepada para jemaah haji. Kami juga menyediakan perkhidmatan terapi kepada jemaah yang menghidap penyakit kronik,” jelasnya.- Arab News

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 10:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: