Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jenazah Mejar Mohd Hasri selamat dikebumikan

16 JUN: Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Serting Bandar Sri Jempol 11.15 pagi tadi.

Allahyarham, 31, dan rakannya, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat HAWK 108 yang mereka naiki terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

Lebih 300 pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, saudara mara, rakan serta penduduk FELDA itu hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah tiba di Padang Awam FELDA Lui Muda dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 9 pagi dengan menggunakan helikopter, dan kemudian dibawa ke kediaman keluarganya.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kariah FELDA Lui Muda untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi pengebumian.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Mejar Fixer, meninggalkan seorang balu, Assyuhadak Ahmad, 30, dan anak perempuan berusia lapan bulan, Nur Hafiya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 12:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: