Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan

13 FEB : Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka diiringi puluhan ribu penyokong dan orangramai yang memenuhi kawasan kediaman Allahyarham sejak awal pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir.

nickyJenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka yang terletak kira-kira 300 meter dari masjid.

Sepanjang perjalanan jenazah dari masjid ke tanah perkuburan, masyarakat yang hadir tidak putus melaungkan takbir.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak serta 10 anak Allahyarham.

Jenazah dikebumikan sekitar 10.55 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 4:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: