Kategori Berita Utama

Jenazah Tuanku Abdul Halim selamat disemadikan

12 SEPT: Jenazah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Setar petang ini.

Jenazah baginda selamat dimakamkan dengan penuh adat istiadat kira-kira jam 5.15 petang.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada kerabat diraja dan rakyat jelata hadir pada upacara pemakaman itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Foto Bernama

Jenazah baginda dibawa masuk ke kawasan makam menggunakan pedati khas, pukul 4 petang.

Turut mengiringi jenazah ialah Sultanah Hajah Haminah Hamidun dan Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29.

Bacaan talkin dilakukan oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang manakala bacaan tahlil diketuai Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim.

Terdahulu, jenazah Almarhum yang dibawa menaiki pedati khas sejauh kira-kira 11 kilometer (km) dari Istana Anak Bukit ke lokasi pemakaman di Makam Diraja Langgar, di sini.

Jenazah Tuanku kemudian diarak di sepanjang Lebuhraya Darulaman, sebelum melalui Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar, di sini, menuju ke Makam Diraja Langgar.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 September 2017 6:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]