Kategori Berita Utama

Jentera BN diingatkan manfaatkan 48 jam terakhir kempen

6 MEI: Jentera kempen Barisan Nasional (BN) harus memanfaatkan baki 48 jam tempoh masa berkempen bagi memastikan rakyat memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi berkata, ia termasuklah mengadakan kempen dalam kumpulan kecil, kempen secara bersemuka, kempen melalui media konvensional dan media sosial bagi memaksi-mumkan penyampaian kepada rakyat.

Menurut Ahmad Zahid, BN sudah meletakkan segala usaha dalam semua media dan saluran komunikasi kerana dalam tempoh 48 jam apa sahaja boleh berlaku baik di pihak pembangkang mahupun BN.

Katanya, serangan mengejut saat akhir pasti akan dilakukan pembangkang, saya sudah dapat menghidu baunya dan kami tahu ada sesuatu sedang disembunyikan

“Saya ingin mengingatkan semua media baik konvensional mahupun media sosial dan online bahawa pihak pembangkang sedang menyediakan sesuatu untuk serangan saat akhir.

“Tunggu tindakan diambil oleh pihak berkuasa baik oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) mahupun PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program myPPP Bagan Datuk bersama masyarakat India di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang hari ini.

Yang turut hadir calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 May 2018 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: