Kategori Berita Utama

Jentera BN Selangor PRU14 ada ummp!

3 APRIL: Berbanding sebelum ini, jentera BN Selangor lebih ampuh menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Ketika PRU13, majoriti pemimpin serta ahli parti masih belum ‘kebah’ kesan kekalahan pada PRU12, sekali gus menyebabkan jentera parti gagal berfungsi dengan baik.

“Namun, saya yakin kesiapsiagaan BN pada kali ini adalah jauh lebih baik, kita yakin BN akan berjaya merampas Selangor,” kata Timbalan Pengerusi BN di Sungai Besar, Isnin.

Zahid berkata demikian berucap pada program ‘Mesra Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia’ dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Besar.

Turut hadir adalah Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman  Mohd Zohdi serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketika ini, Selangor diperintah kerajaan campuran terdiri Pakatan Harapan dan PAS selepas menumbangkan kerajaan diketuai Dr Khir Toyo pada 2008.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pimpinan dan ahli Bahagian Sungai Besar tidak dibuai kemenangan besar yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dua tahun lalu.

“Dalam PRK itu, kita menang kelebihan 9,191 undi tetapi ketika itu semua jentera BN dari seluruh negara bertumpu di sini.

“Pada kali ini, tiada siapa tolong kempen, jadi, Sungai Besar kena buat kerja sendiri, ” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 12:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: