Kategori Berita Utama

Jentera kempen Anwar hina titah Sultan Selangor

2 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan bermesyuarat Rabu ini bagi menetapkan proses dan tarikh PRK DUN Kajang.

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin PKR sudah tidak sabar-sabar untuk berkempen semata-mata kerana Selangor ditadbir pakatan rakyat.

Ayat mudah, negeri mereka berkuasa, apa-apa pun boleh bikin.

Justeru itu, bagi memastikan Anwar menang di DUN Kajang, jentera PKR kena guna apa cara sekali pun dan cara awal mereka adalah menimbulkan persepsi kononnya Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sudah sekat kempen Anwar.

kingmasjidpkr

Adakah jentera kempen Anwar  tidak tahu titah ini?

Portal pro pembangkang melaporkan kempen Anwar mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama JAIS dan MAIS menyekat Ketua Pembangkang itu bertemu penduduk Kajang di masjid bawah pentadbiran jabatan serta majlis berkenaan.

Kononnya MAIS didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

“Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa MAIS dan JAIS akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah,” kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya seperti dilaporkan portal tersebut.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.

Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum ulas panjang lebar, tentu ada masih ingat titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dilapor beberapa media pada 29 April 2010 mengenai larangan berpolitik di masjid di negeri itu.

Antara tajuk : Elak datang ke Selangor jika enggan patuhi larangan berpolitik di masjid – Sultan Sharafuddin”.

Baginda dilaporkan bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor.

khalidtuanku

Kenapa Khalid tidak menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar?

Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

 

Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.

 

“Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

 

“Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya,” titah Baginda.

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di Shah Alam.

Berdasarkan titah di atas, tepukan  gemuruh buat pasukan kempen Anwar dengan kegelojohan mereka memburuk-burukkan JAIS dan MAIS.

Jentera kempen Anwar mempamerkan kebodohan melampau mereka dengan menjadikan larangan itu sebagai tindakan menyekat kempen Ketua Umum PKR tersebut.

Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.

Pesan buat Anwar dan jentera kempennya : Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

Apa untungnya Anwar yang bakal mengadap dan dapat perkenan Sultan untuk jadi Menteri Besar jika langkah awal sudah menghina titah Tuanku?

Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.

Jika anwar yang ingin bersultan dihati teruskanlah kempen di masjid-masjid  dan surau.

Tidak perlu jentera kempennya marahkan JAIS atau MAIS kerana semua tahu mereka dinaungi Sultan Selangor.

Cuma perlu ingat, selain menghina titah Sultan, seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Terpulang Anwar, tepuk dada tanya nafsu. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2014 6:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: