Kategori Berita Utama

Jentera UMNO: Mood Pilihanraya perlu diterjemahkan kepada gerak kerja

18 JUN: Mulai sekarang, jentera pilihan raya UMNO digesa untuk menterjemahkan ‘mood’ pilihan raya kepada kerja-kerja pengukuhan kekuatan parti.

Gesaan itu disuarakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn kepada semua Setiausaha Bahagian dan Ketua Sayap Bahagian UMNO dalam perjumpaan taklimat panduan menghadapi PRU ke-14, di PWTC Kuala Lumpur, pada Ahad.

Katanya, jentera UMNO tidak boleh lagi berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang mampu mengukuhkan parti.

Malah, menurut Menteri Pertahanan itu, jentera UMNO mesti mengambil peluang menterjemahkan mood pilihan raya ini untuk mendekati akar umbi bagi menjawab pelbagai isu nasional dan setempat.

Menurutnya lagi, jentera UMNO bukan sahaja terpaksa berhadapan isu nasional yang ditimbulkan pembangkang, tetapi perlu bijak mendekati akar umbi untuk membela dan mengatasi masalah setempat.

“Sebut apa jua isu nasional, sebenarnya orang ramai nak tengok isu-isu yang dihadapi mereka terbela di peringkat akar umbi lagi.

“Contohnya kalau di Sembrong, paling menjadi tumpuan ialah masalah gajah yang membuat kacau di beberapa felda di situ.

“Akar umbi nak tahu adakah kita dapat selesaikan isu mereka dan saya yakin isu gajah di Sembrong dapat kita atasi. Jadi akar umbi mahu nasib mereka dibela. Itu lebih penting bagi mereka.

“Kekuatan dan kemenangan UMNO banyak bergantung kepada cara kita mendekati mereka di bawah,” jelasnya lagi yang turut memberitahu buku panduan manual UMNO menghadapi PRU ke-14 telah siap dan menanti masa untuk diedarkan kepada jentera parti.

Share This:




Berita Bertarikh pada 18 June 2017 3:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]