Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jepun tahan 10 rakyat Malaysia seludup 100kg jongkong

2 JULAI: Sepuluh warganegara Malaysia ditahan di Jepun kerana dikesan menyeludup lebih 100kg jongkong emas pada April lalu.

Portal berita Jepun, Japan Today melaporkan pegawai kastam menjumpai jongkong emas bernilai lebih 500 juta yen (RM19.1 juta) disembunyikan di dalam baju 10 rakyat Malaysia itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Kumpulan rakyat Malaysia itu dilaporkan tidak mengisytiharkan emas yang dibawa mereka dan melanggar cukai penggunaan dan undang-undang kastam negara itu.

Japan Today melaporkan kes penyeludupan emas semakin meningkat sejak Jepun menaikkan cukai penggunaan daripada 5% kepada 8% pada 2014.

Kebanyakan kes itu membabitkan penumpang berlepas dari Hong Kong dan Korea Selatan.

Pegawai penyiasat negara itu tidak menolak kemungkinan penjenayah menyeludup jongkong emas dari Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 July 2017 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: