Kategori Berita Antarabangsa

Jet Israel gempur Gaza

18 FEB: Jet pejuang Israel dilaporkan menggempur Semenanjung Gaza selepas empat tenteranya cedera apabila bom buatan sendiri meletup di sepanjang sempadan berhampiran Palestin.

Dalam insiden letupan pagi Sabtu itu dua tentera Israel dilaporkan cedera parah, menurut laporan AFP.

Sebagai tindak balas, tentera Israel menyasarkan enam sasaran ketenteraan milik Hamas di Gaza, termasuk sebuah terowong pejuang di kawasan Zaytun dan kemudahan ketenteraan berhampiran Deir el-Balah dan Khan Yunis.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika hadir di persidangan keselamatan di Munich berkata insiden di Gaza ‘sangat serius’ dan berjanji ‘akan bertindak balas sewajarnya’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2018 10:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: